BUSY, BUSINESS, BUSINESSES…. BIRTHDAY!

Sibuknya aku mengalahkan Perdana Menteri.. agaknyalah! Hahaha.. Setiap hari berlalu sangat pantas. Itu yang aku rasa. Apatah lagi bila dah ada bayi kecil. Semua yang ada anak, akan faham apa maksud aku. Macam-macam yang aku buat sekarang ni.. Aduhh.. Naik gila kejap bila aku fikirkan balik..  Aku pasti ramai yang dah tahu. Terima kasih Harian Metro dan juga Murai kerana skop cerita perniagaan yang sedang aku usahakan.

Eric naik risau bila isterinya ada 3 kerja. In total 4! Ye lah.. jaga anak dan suami macam kerja juga! Masa untuk aku sangat terhad ketika ini. Adakalanya tak sempat nak fikir perkara lain… Terutamanya perkara yang remeh. Bagi aku kini perniagaan dan karier adalah yang utama. Aku perlu menentukan mana arah tuju bisnes ini dan juga harus menumpukan sepenuh perhatian. Sama juga dengan karier nyanyian aku.

Hari-hari aku dipenuhi dengan aktiviti seperti latihan vokal (semula) dengan Cikgu Sitit Hajar – seminggu sekali; 3 kali seminggu bersama personal trainer di gym – yang ni buat aku setengah mati walaupun hanya lagi 3kg perlu diturunkan. Mia, personal trainer yang aku kenali semenjak tahun 2001 lagi. Dia ni terbaik! Dengan Mia hanya 3 kali seminggu, tapi untuk aku sendiri aku cuba buat 4 atau 5 kali seminggu bersenam di gym.

adv banner Water

Continue reading

PUNAHNYA HARAPAN, BERAKHIRNYA PENANTIAN…

Mimpi aku malam itu.. 6 malam sebelum ini… dalam banyak-banyak mimpi malam itu; aku tiba-tiba berada di dalam satu kapal terbang. Sangat malap lampunya.. Hanya lampu biru di laluan antara tempat duduk. Tiada siapa di dalam kapal terbang itu…. senyap sunyi.. Hanya beberapa saat aku berada di dalam pesawat itu semasa aku bermimpi.. Dan kemudiannya beralih ke lain..

Mungkin terlampau berfikir akan tragedi serta semua penumpang MH370 sehingga ianya terbawa-bawa ke dalam mimpi. Namun, berita dua hari lepas yang diumumkan Perdana Menteri, membuatkan aku termanggu seketika. Langsung teringat dan terfikir akan mimpi aku beberapa malam sebelumnya.

Aku terdiam seketika… Rasa sedih yang amat sangat. Apakan daya, semuanya sudah berlaku. Sedih menyelubungi semua. Bukan aku saja. Itu sudah pasti. Terfikir bagaimanakah keadaan semua di dalam MH 370 pada saat ianya hilang di Selatan Lautan Hindi. Sampai ke hari ni masih tertanya-tanya kenapakah MH370 jauh tersasar dari laluan ke Beijing.. Apakah yang berlaku sebenarnya. Hanya Allah mengetahui.

728x90

Continue reading

MASIH MENANTI DAN BERHARAP….

Tulislah sesuatu… cepatlah mula.. Zach sedang tidur tu. Keletihan selepas belajar swimming – kali pertama hari ini. Bukan main suka dengan air. Mak dia pun naik penat juga. Penat excited! Tak swim pun … Hanya melayan dia. Banyak hari menunggu nak menulis.. Ada hari tak rasa nak menulis. Ada hari tak sempat nak menulis… Ada hari, aku malas.. Hehehe..

Fikiran juga melayang merata.. Jari juga sibuk berjalan menekan telefon meneroka seluruh laman maya sosial.. Aduh.. mengantuknya.. Penat betul minggu ni.. Trip ke Cambodia selamat 5 hari – at least bagi aku rest sikit. Takde lah rehat yang macam mana… Hanya berasa lega menukar pandangan mata di negeri orang. Tetap penat dengan si kecil yang dah mula  melata. Tapi bukan sesuatu yang menyusahkan aku.

Melihat Zachary semakin membesar, membuatkan aku sering bersyukur dan tersenyum. Cepatnya dia membesar. Lagi seminggu dah genap 6 bulan. Alhamdulillah. Dia sentiasa sihat. Makin pandai macam-macam. Dah kenal nama sendiri juga. Gusinya yang dah mula gatal-gatal, setiap hari; adakalanya dia meragam. Tapi tetap senyum dan sangat sosial andai sesiapa saja yang menyapanya.

banner1ADV blogs

Continue reading

PRAYING HARD FOR MH370….

Hari yang sangat sedih.. Hilang semua cerita lain.. Pasal bintang filem ke, pasal perampas ke, pasal politik.. dan yang lain-lain.. Hanya satu cerita yang menyelubungi Malaysia dan dunia hari ini.. Aku terkedu sedari awal pagi tadi apabila mendapat berita dari laman sosial twitter. Bingkas aku bangun dan segera switch on TV. Almost every news channel bercerita tentang insiden ini. CNN membuat full coverage malah menemubual VP Operation Officer MAS.

Langsung berasa sayu di hati.. Aku dah lah sorang-sorang di rumah. Eric telah tiba di Itali pada Khamis lepas. Dia akan balik petang Isnin dan tiba 11 Mac iaitu petang Selasa. Aaarrgghhh.. Rasa ini paling aku tak gemar. Sedih sangat.. Bimbang mula menyerang jiwa. Risau dengan suami yang bakal pulang dari jauh. 12 jam penerbangannya dari Paris selepas tiba dari Milan Itali. 14 jam jumlah penerbangannya.

Tak mahu melayan fikiran ku yang melayang jauh berfikir yang bukan-bukan. Kalau dilayan, fikiran kita ni memang akan lebih jauh perginya. Aku tak mahu fokus kepada perkara yang negatif. Ianya adalah satu energy. Jika difokus, menjadi doa pula. Nauzubillah.. Ya Allah lindungi suami ku di mana saja dia berada.. Amin..

 

Continue reading

SALAH PERAMPAS…. ATAU… YANG MINTA DIRAMPAS?!

Salam buat semua yang lama menanti tulisan dari aku. Maaf ya.. Agak kelam kabut lately. Bukan busy sangat pun dengan kerja.. Ada lah juga sikit-sikit tapi banyak yang kelam kabut dengan kehidupan peribadi, dengan kawan-kawan dan juga dengan diri sendiri. Kelam kabut dan haru biru juga di dalam kepala ni. Naik serabut! Break down sekejap last two weeks. Bukannya masalah peribadi tapi dengan kerja.. Rasa nak buat macam-macam tapi tak tercapai dan tak termampu. I know I can do more tapi tak dapat buat. Jadi, aku crash sekejap. Jadi haru biru.. Kena pulak beberapa perkara dan aktiviti yang aku sepatutnya buat dan dah confirm mulut pun… tak jadi pulak.. Itu yang trigger aku naik hantu kejap! Hahhaha.. Tapi takde apalah.. rezeki tak ada. Ada yang lain yang akan datang. Kepala terganggu, aku taknak menulis. Nanti habis semua negatif keluarnya! Maaf ya semua, terutamanya kak Niza Noordin. Haa.. ni dah ada ni .. Dah okay balik nak menulis .. Jenuh nanti akak dan yang lain membaca! hehhehe.. Selamat membaca!

Hari tu nak menulis pasal Shah Rukh Khan, tak sempat! But I will publish once I finished. Shah Rukh Khan famous forever. Bila-bila nak cerita pasal dia pun boleh! Makin berumur makin menjadi ek… Aku nak juga jadi macam tu. But I must work harder! Will do.. In shaa Allah.. Banyak benor idea dalam kepala ni… Harap-harap dengan Pingu bekerja dengan aku sepenuh masa selepas ni, dapat memenuhi segala impian aku…. Yang nyata yang banyaknya impian dia. Dia nak aku jadi lebih bagus dan berjaya. I don’t have a manager… tapi cukup dengan sekenit tu yang selalu push aku buat itu ini. I need that! Thanks Pingu! Walaupun adakala bingit dan naik ‘benggang’ =  bengong+bangang – perkataan baru yang tercipta bila banyak sangat bersembang dan tak tahu mana nak stop. Nak cepat je.. itulah jadinya. Tergabung dua perkataan! Hahahaa .. Jangan tiru ya! Tak bagus untuk kesihatan.. Hahhahaa..

 

Continue reading