BILA CINTA MEMBAHAGIAKAN , DAN BISA MENGHANCURKAN….

Bangun awal pagi ni – sambil menikmati pemandangan baru – bukan main menulis dengan sungguh panjang. Dah bercampur aduk tulisan aku.. Haa…Ambik! Dah rindu sangat. Kalau seminggu tak menulis memang begitu. Macam-macam idea keluar! Kalau editor kecil aku kena edit ni, memang naik pening kepala. Aku tak nak runsingkan dia, jadi aku tuliskan semula di muka yang baru. Siap dah jadi 2 entry! Rajin tak? Hahaha.. Ada cerita lain yang aku nak buat, tak juga siap! Kolum Herbalife di page ni masih di dalam pembikinan.. Aduh! Banyak pula cerita melintas di dalam kepala ni nak tulis, tapi dalam masa yang amat sedikit. Banyak cerita yang interesting lately ni yang aku dengar. Antaranya tentang cinta.

Hmmmm…. Cinta banyak jenis cinta sebab manusia ni banyak jenisnya. Aku dah lalui pelbagai cerita cinta. Cinta tak matang, cinta terhalang, cinta budak-budak (cinta monyet),  cinta saja-saja, cinta lelaki muda –  cinta  yang bukan cinta pun ada! Hahaha… Itu cerita lama lah. Aku tak tahu nak namakan apa pada satu perasaan yang aku ada di usia muda sehingga terbawa ke alam perkahwinan. Namun, aku banyak belajar dari penggalaman itu.

Dulu, masa mula menyanyi, banyak show.. Banyak aktiviti. Memang tak terfikir tentang cinta. Langsung tak reti nak flirt dan mengurat lelaki. Suka sendiri-sendiri tu, adalah.. Tapi tak berani nak suarakan. Maklum saja, aku ni dari dulu dalam kepala hanya ada lambang duit! Mahu cari duit untuk sara keluarga. Di dalam bekerja setiap hari tu, usia kita makin meningkat. Tinggal berjauhan dengan family, amat mudah terasa lonely.

Loneliness – berlaku kepada sesiapa sahaja – especially entertainers & celebrities. Samada mereka tinggal bersama keluarga atau tidak. Kami bekerja sebagai penghibur – menghiburkan orang siang dan malam. Tetapi siapa pula nak hiburkan kami? Tak ada kan? Bila rasanya begitu, datanglah rasa loneliness tu. Bila dah ada rasa lonely, mulalah mudah sekali jatuh cinta. Masa inilah yang adakala ramai yang buat salah dan tak sedar akan kesilapan ‘terjatuh cinta..’ Jatuh cinta ketika sunyi, bukanlah sesuatu yang baik. Ianya membawa kepada kehancuran.  Kenapa aku katakan begitu? Kita akan buat keputusan bercinta hanya kerana to be with someone and for the sake of having someone – semuanya kerana tidak mahu kesunyian. Aku dah laluinya, aku tahu. We thought the decision that we’ve took was right. Tapi sebenarnya tidak. Kita tak akan sedar sehinggalah sampai ke usia yang matang; atau melalui sesuatu yang menyedarkan.

Aku ingatkan dulu itu cinta – sampai mak abah naik pening. Tapi abah ikutkan aja. Katanya asalkan aku bahagia. Itu doa abah aku. Rock juga abah ni.. Mak… Hmmmm… Kata Mak, karier baru nak menjadi. Jangan dulu berkahwin.. Aku yakinkan dia. Kami berbincang antara keluarga. Susah juga. Mak agak kurang mengizinkan. Dia tahu aku ni suka cari duit. Jika berkahwin nanti banyak yang perlu dihadkan sebab tanggungjawab pada rumahtangga perlu juga  aku laksanakan. Mak halang juga. Tapi, tahulah kan, usia muda. Degil!!!  Aku tetap yakinkan dia.

Aku ingatkan keputusan berkahwin dengan berniat mengelakkan fitnah itu, adalah keputusan yang betul aku ambil. Pandangan Mak berbeza. Hari ini, aku setuju dengan Mak. Betul pandangan mak tu. Dia lebih tahu, mengejar impian ketika usia muda, amat penting. Dia selalu berkata, buat dulu semua apa yang nak buat di dalam karier, tambahan pula ketika muda. Masa tu karier aku sedang memuncak. Aku tak dengar kata mak. Aku ikutkan hati aku kerana aku takut kekasih aku terjun bangunan! Ya.. Dia nak terjun bangunan masa aku minta putus!

Masa tu aku tak tahan manager aku dah bising, mereka menghalang. Semua PR di BMG Music juga menghalang.. Jadi aku yang pentingkan karier, satu hari tu bersama P.A aku –  Elly – ke rumahnya bertujuan memutuskan hubungan yang kononnya cinta tu. Tak sempat habis ayat explaination aku,  sebelah kakinya dah di luar pagar balkoni tingkat 13 bangunan yang terletak di Selayang tu! Kelakar juga bila difikirkan balik. Agaknya kalau aku biarkan, dia terjun tak? Tak ada nya nak terjun!!! Hanya satu ugutan kecil tak mahu aku tinggalkan – kononnya sayang. Aku juga kononnya sayang dan bersimpati – balik rumah fikir dalam-dalam. Kononnya dalam la kan.. Usia baru 18 tahun setengah masa tu. Pada aku, ketika itu, aku belum benar-benar waras.

Akhirnya keputusan untuk berkahwin diambil. Aku cabar dia – yang kononnya kekasih aku masa tu. Kalau tak nak putus, kahwin saja! Mak aku yang nak pengsan dulu bila dengar macam tu. Macam-macam halangan yang aku lalui. Nak mendapat restu bukannya mudah tambahan pula ketika itu aku juga difitnah oleh manager aku sendiri. Semuanya kerana mahu menghalang aku berkahwin dengan kekasih aku tu. Cerita ni semua berlaku di pertengahan tahun 1996. Berbulan juga berlaku. Tetapi semuanya di belakang tabir. Aku diamkan dari wartawan. Hanya di syarikat rakaman dan di dalam keluarga saja yang bising. Masa tu pun, belum wujud FB, dan Twitter. Kalau tak, mahu juga aku luahkan perasaan di khalayak umum.

Aku  terjerat juga ketika itu di dalam diri sendiri – antara keluarga dan kerjaya serta cinta. Pada aku  ketika itu – itulah cinta mati aku. Yakin teramat sangat dia paling sesuai untuk aku kerana kami sama-sama dalam bidang hiburan. Sangkaan aku meleset. Semuanya terjawab setelah berkahwin dan tinggal bersama. Lagi pulak di usia yang muda. Aku hancurkan impian aku sendiri dengan keputusan yang aku ambil. Sebenarnya impian aku lain. Namun, aku bersyukur juga dengan apa yang Tuhan berikan pada aku selepas aku berkahwin dulu. Semuanya tertulis tetapi jika aku usaha beserta doa untuk nasib aku diubah, insyaAllah Allah makbulkan. Kedegilan aku menghancurkan karier aku masa itu. Peminat berpecah. Ada yang merestui & ada yang langsung tidak mahu dengari aku lagi. Masa tu, tahun itu pemikiran peminat masih berbeza. Perkahwinan seseorang artis itu, bisa menjatuhkan.

Aku terlintas menceritakan pengalaman cinta aku ini, semuanya kerana isu yang rata-rata diperkatakan ketika ini. Sepanjang minggu lepas aku dah dengar. Tapi bukan hak aku nak judge atau nak busy body nak ambil tahu lebih-lebih. Hal peribadi orang, hanya mereka yang tahu. Kita orang luar, kita tak perlu adili walaupun hal peribadi itu diwar-warkan di khalayak umum. Aku kesian dengan keadaan Shila Amzah. Lebih kesian dengan ibu bapanya. Aku kenal mereka sedari Shila masih kecil aku rasa. Aku sering juga mengadakan show bersama Abang N.D Lala. Aku tahu bagaimana rasanya tersepit antara cinta, keluarga dan kerjaya. Berhati-hati juga jari jemari aku ni nak menaip bahagian ini kerana ianya terlalu sensitive.

Mengikut pengalaman yang dah aku lalui – jika aku ditempat Shila, aku dahulukan kerjaya. Bagi masa setahun dua untuk perkahwinan. Love can wait if it’s really the one for you. Lagipun, Shila sekarang kebanggan semua rakyat Malaysia kerana berjaya memecah masuk market di negara Cina. I’m sure she knows, all Malaysian Chinese also are very proud of her too. Impian seperti itu semua penyanyi mahu kecapi. To me, achievements and money are everything now – in this world. Sorry for my statement but yes, money can give you happiness if you know how to appreciate it. Mungkin ketika ini, Shila belum nampak kerana terlalu busy dengan aktiviti persembahan dan travelling here & Shanghai. Memang memenatkan. You tend to be lonely – inside. Tetapi pencapaian di dalam hidup adalah segalanya. Many ways to make yourself happy.

Memang perit untuk let go cinta kerana kita semua perlukan cinta. You don’t have to let it go. Don’t shut him down. Sit with family & talk. Jangan ada masuk campur orang luar dan diamkan seketika keluh kesah di khalayak umum. Soal peribadi baik dibincangkan di antara keluarga. Ibu bapa paling utama. Untung Shila masih ada ibu bapa. Bayangkan jika esok mereka tiada lagi. Pada siapa mahu mengadu? Tempat yang terbaik adalah ibu bapa walaupun kita ada kekasih hati yang kita rasa dia memahami segalanya.

Perasaan yang kita ada – especially for girls – we are controlled by emotions everyday, every time. Adakala okay, adakala tak. Emosi adakala menganggu pemikiran yang waras jika terlalu mengikutnya. Bila terjadinya begitu, ada keputusan yang kita ambil yang bisa menghancurkan… Hanya sekadar sebuah nasihat buat junior di dalam industry ini. I don’t know the rest of the story. Hanya keluarga mereka yang tahu. Selesaikan antara keluarga. Usah dibiarkan berpanjangan. Bisa menyakitkan kerana ianya perit.

Seseorang penyanyi itu, perlukan ketenangan di dalam hati dan fikiran untuk kariernya. Menghiburkan orang bukannya satu perkara yang mudah. Menjadi artis, 360 darjah diperhatikan. I wanted to be like her – successful at a very young age. Ini usaha yang aku rasa bukan sedikit masa yang diambil oleh dia sendiri dan ibu bapanya. Aku envy dengan sokongan yang diberi oleh Abang N.D Lala serta isterinya kepada anak gadis mereka yang cantik itu. Fikirkan sebaiknya. Ibu bapa adalah syurga kita jika kita tidak punyai sesiapa. Aku hilang keduanya kini. How I wish I can turn back time and listen to my parents and make the right decision for my better life.

Cinta memeritkan jika ianya tidak bersatu dan tidak dihargai. Cinta tidak mendapat restu ibu bapa lebih payah. Jika berkahwin rumahtangga adakala kurang amannya. I’ve went through it. I know. Susahnya. Mak nak juga dijaga, suami paling utama. Hati ibu bapa sering tercalar dengan perbuatan kita. Namun mereka paling mudah memaafkan dan menerima kita semula di dalam apa jua keadaan  kerana ibu bapa tiada dendam di hati mereka. Jika sesama  pasangan kita serta manusia lain, dendam paling utama jika  disakiti. Manusia biasa, itu adalah normal bagi semua.

I miss my parents so much. But I know what I’ve learned in my life, makes me better now and I’m still learning to improve myself. Aku bersyukur walaupun pengalaman itu memeritkan. Dalam keperitan dibalas kebahagiaan kini.  Semua kita ada takdir kita yang tersendiri. Dengan doa, kita bisa mengubahnya. Hanya Allah maha mengetahui dan Dia yang menentukan. Kita sebagai manusia perlu bijak menentukan hala tuju hidup di samping berdoa kepadaNya. Yang penting, gunakan kewarasan fikiran, jangan dibiarkan emosi serta perasaan memakan diri. Kelak binasa kerana emosi seringkali dicemari oleh bisikan iblis.. Bijaklah berfikir.

Cinta itu perlu. Semuanya terletak kepada kita untuk menilai dan meghargainya. How we want to cherish the love. Cinta adalah satu perasaan yang amat halus yang dianugerahkan Illahi. Jika mendapat yang benar cinta, ianya amat membahagiakan. Jika sebaliknya, you will learn about sadness and frustrations.  Cinta juga bisa membuatkan kita tak keruan. The most important is, understand the real meaning of love.  Semoga Shila dan kekasih serta keluarganya menemui solution terbaik buat mereka. Aku medoakan segalanya akan kembali seperti biasa. All the best, Shila.

About these ads

17 comments

  1. Rezeki milik allah.. perkahwinan bukan penyebab pintu rezeki kita tertutup.. sesungguhnya org yg ingin membina masjid adlh lbh baik drpd org yang mengejar duniawi

    1. Hi Insyirah. Saya setuju. You are right. Tapi pendapat saya ini dari sudut karier. Tidak sekali mengatakan perkahwinan itu menutup rezeki. Read again. May be you will understand better. I did say Allah beri saya rezeki dan kejayaan yang baik selepas saya berkahwin. Open your mind.. thanks for reading. Appreciate it. Dont get me wrong on this comment too ya dear. Take care.

  2. mmg tertunggu2 update ni dr smlm….xsabar2..tq nurul for the update…
    As for me…family come first..forget brother n sister…but more focus on parent…bkn diorg xptg…tp hati mak ayah tu penting..
    agreed sgt pasal dendam tu…sesama pasangan tu dendam wujud..tp parent…buruk mcmana skalipun..tetap diterima kita ni..
    .Marah??itu standardla…kalau kita salah mmg kena marah pun…tp bukankah marah tanda org pedulikan kita..taking care of us…kalau xsyg..xde makne nk tegur…

  3. sorila nurul..terpjg plak komen ni…anyway,i support Shila Amzah n Nurul…forever..opps termasuk kak Ning Baizura jgk..love u’olls

  4. sesungguhnya kita tidak menegtahui apa yg akan berlaku esok. sesempurna manapun perancangan kita kekadang ada jugak kesilapannya. semuanya adalah ketentuan Ilahi. kita hanya merancang Dia yg menentukan.

  5. Betul Nurul.. cinta itu mbahagiakan n menyakitkan. ..kdg2 buat kita keliru dr.ketulusan cinta itu..
    Ingatkan itu la cinta..walau nmpk.n jelas ketidak bersungguhan itu…walau mgkn diugut spt yg Nurul ceeita itu kita jdkan satu benchmark buat keputusan.. mgkn Allah ingin menguji kita. Kerana setiap ujian itu maknanya.Allah msh syg pd kita.. kerana perasan x.klu kita diuji cepat sahaj kit teringat kpdNya…syukurlah.. (cakap mmg sng)..
    Sy pnh diuji.. perlu hdp tanpa cinta demi ibu n ayah..akhirnya sy ‘keluar’ dr dunia ‘keterpaksaan’ itu.. hdp pula dgn yg sy benar2 cinta.. tp disebabkn sy yg ‘benar 4 juta kali’ cinta…rupanya sy hanya dicintai sekadarnya.. kini sy takut utk ‘keluar’ lg memandangkn risau tentang perceptions from others. .walau hdp dlm keterpaksaan skali lg mencintai org yg x mencintai kita…mgknkah lbh bahagia..wallahua’alam. .
    Back to shila’s problem..sy fhm kemelut itu..dia cuma bawa hati yg rajuk..perlukan perhatian yg lbh sikit mgkn dr.keluarganya.. kita yg dewasa perlu empathy pdnya..bkn beri dia lg stress yg mgkn dia akn btindak lbh tidak waras..

  6. Sedih saya bace entri akak ni.but it’s true.ape2 pun kite berbalik pd yang maha esa.pada die kite mohon petunjuk
    Moga shila amzah and family also his cinta hati will find a solution.all the best to them.also to u kak nurul

  7. cinta, sayang, kasih….redha, pasrah, rela…musuh, kawan, sahabat….jujur, setia, amanah….
    hanya Allah segalanya…semoga semua bahagia..amin

  8. Kalau xsilap Kak Nurul ms tuh kahwin tahun 96 xlama lepas release album iklhasnya cintaku under BMG kn?agak2 ms tgh recording utk album tuh kot yg tengah hot bcinta kot? hehe.Xpelah..anggaplah semua kesilapan dan pengalaman lalu itu mgajar kak erti kehidupan dan kedewasaan. Kadang2 Allah berikan jalan yang berliku supaya kita dapat memahami rahsia dan rahmatNya dikemudian hari. Come to think of it, kalau kak nurul xkahwin dulu, mcm mana u nak jumpa ur ultimate love of ur life iaitu ur daughter Ayu tuh kan? semuanya ALLAH dh tulis dengan begitu indah sekali kan?

      1. If it’s not too much to ask for, boleh x kak nurul tulis psl sejarah lirik lagu selagi ada cinta by ning baizura?
        I think ur work on that song was epic. Simple dan ada gaya bahasa Habsah Hassan tapi cukup menangkap.

      2. Hi Hakim . Thanks. Appreciate it. Rasanya untuk last 2 entry tu dah boleh beri jawapan macam mana terlahirnya ‘selagi ada cinta’ by Ning
        Inspired by true event yang berlaku dalam hidup saya masa tu… thanks for the idea. InsyaAllah. Take care

  9. emm susah nak kata
    bila cinta ..semua didepan mata dah tak nampak
    kesian shila amzah tp sbg ibubapa..lagi kesian pd mak ayahnya
    bukan senang nak jaga anak dara kan?
    saya pun ada 2 anak dara (12 tahun dan 3 tahun)
    lagi 10 tahun pasti dh anak dara
    harap2 mereka tahu berfikir mana baik dan buruknya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s