BERLAWAN EGO…. MAKAN DIRI…

Assalamuaalaikum dan selamat berpuasa buat semua pembaca serta pengikut aku di blog ini dan juga semua peminat di  mana sahaja kamu berada. Semoga Allah menerima semua amal ibadah kita, aminnn…

Alhamdulillah sekali lagi kita semua dapat menikmati Ramadhan Kareem bagi tahun ini. Diberikan usia sehingga kini untuk beramal dan beribadah kepadaNya. Terima kasih Allah. Aku tahu, aku bukan hamba Mu yang terbaik. Namun aku tahu, Pencipta ku lebih mengenali siapa aku, luar dan dalaman ku.

Ampuni dosa-dosa ku, dosa suami ku, ibu bapa ku yang melahirkan ku, saudara mara ku, guru-guru ku, sahabat-sahabat ku serta semua saudara Islam ku… Amiiinnn….

Bila bangun pagi sahur macam ni, teringat pula kenangan berpuasa di Mekah dulu. Aku dapat merasai bagaimana indahnya menjalankan ibadah puasa di kota suci itu. Bagaikan satu pesta apabila malam hari sehinggalah subuhnya. Sangat indah pengalaman itu. Satu ketenangan yang sukar digambarkan. Ianya adalah sesuatu yang kita semua mahu miliki di dalam hati dan jiwa masing-masing.

BGD 728 X 210

Read the rest of this entry

TIADA LAGI DIPLOMASI DI SINI….

Angel?! Pagi-pagi dah terima cercaan… Amboi Tasha (tak tahu nama sebenar atau tidak) marah bebenor.. Kamu benci ye dengan Nurul Wahab Depp? Ada benda atau perkara dalam hidup kamu yang tak gembira ke? Kesiannnn… Aku faham bagaimana rasanya tu… Cuba pergi baca entry yang baru je aku reblog. Tajuknya, ‘Kamu-kamu itu, kamu yang tak tahu’ .. Lepas baca, mesti kamu faham. Itupun kalau nak fahamlah.

Hati kita manusia ni, kalau sudah benci, bagaimana cuba nak fahami pun, takkan faham dan tak akan buat kita suka akan seseorang itu. Agaknya si Tasha ni memang geram sangat dengan aku…. Dia semacam tahulah sangat apa yang dah aku lalui dalam masa yang lalu.

IGNS Banner 2015 -blog banner

Read the rest of this entry

KAMU-KAMU ITU.. KAMU YANG TAK TAHU…

nourulwahabdepp:

SENGAJA NAK REBLOG SEMULA TULISAN INI LUAHAN PADA FEBRUARI 17, 2014. SEMACAM SESUAI PULA….

Buds & Esmeria Banner

Originally posted on New Life, New Style, New Rules:

Setiap orang dalam hidup ini ada cerita dan pengalaman hidup masing-masing. Bila dah ada cerita  masing-masing, semuanya ada hak dan cara masing-masing untuk meluahkannya. Aku, dia dan mereka.. Semuanya ada cerita tersendiri. Cara aku, aku menulis. Aku cerita apa yang aku rasa aku perlu cerita. Aku simpan yang mana yang sensitif. Status sebagai seorang artis; melarang aku bercerita 100%. Adakala aku berseloroh. Adakala aku hint tentang seseorang yang ada kaitan dengan aku hanya sekadar mahu meluahkan rasa.

Aku cerita tentang seseorang itu andai individu itu ada mengganggu aku. Orang luar mungkin tak tahu. Aku buat dalam bentuk jenaka. Ada setengah pihak terasa hati pula. Ini diari aku. Kisah aku. Yang kurang gemar dan benci akan aku, jangan sentuh dan jangan sesekali datang ke mari membaca. Buat apa mahu menambah kebencian kamu terhadap aku. Kamu tidak duduk di dalam situasi aku serta kamu bukan aku. Kamu tak tahu apa yang aku…

View original 845 more words

STOP IT! …. BETULLAH TU!

Panas..Panas… Panas.. Suara ala-ala Abang Aidil dalam Melodi TV3 dulu! Hahahahaa… Panas ek cuaca sekarang… Panas sejuk.. Panas sejuk… Mulalah batuk dan selsema menjengah…

Panas tu… terasa juga bahangnya pagi ni.. Sudahlah semalam tidur tak cukup sebab Raphael tak sihat. 2.30 pagi bangun menangis dan muntah. Banyak sangat kahak. 4 pagi baru dia tidur semula. Emaknya pula, selepas show di Royale Chulan malam tadi, batuk pun menjadi-jadi. Telan sesudu ubat batuk. Terhoyong hayang bangun pagi! Hahahha…

Perasaan pun terhoyong hayang juga pagi tadi! Hahhahaa… Hmmmm.. Okay! Stop it! Hahahhaa.. Stop it! Stop it! Sambil menghentakkan kaki! Nasib bangunan ni tak runtuh! Hahahhaa…

blog

Read the rest of this entry

OTHER QUESTION, PLEASE!

Aku pasti ramai yang menonton Galaksi hujung minggu lalu. Ina Mohd pun ada letakkan di Instagramnya. Tak kurang juga dengan adik aku, Wahida. Bukan main Ina mengusik aku. Adik kandung aku Wahida, lebih emosional. Dia lebih sensitif kalau disentuh soal kehidupan aku yang lalu. Mungkin sebab dia tahu apa yang berlaku dan dia melihat dengan matanya sendiri bagaimana aku sakit dan menderita. Sabar Ida, jangan emo… Hidup ini biasalah.. Kalau tak sakit, tak kuatlah kita! Terima kasih kerana sentiasa ada untuk memberi sokongan.

Itulah ceritanya… Hmmm… Selepas satu persembahan Hi Tea di Royale Chulan dua minggu lalu, aku diserbu beberapa wartawan hiburan TV. Terima kasih kerana kalian terus menyokong Nurul Wahab Depp. Bila sentiasa dikejar, aku tahu aku masih dimahukan. Sedikit sebanyak, memberikan aku kekuatan dan keyakinan diri. Terima kasih

Macam-macam soal diajukan. Itu sudah biasa. Aku terima sahaja segala yang ditanya. Takkan tak jawab pula soalan yang diberi. Hanya perlu tahu bagaimana mahu menjawabnya.

Untitled

 

Read the rest of this entry

NISFU SYAABAN… CABARAN AKU!

Di malam Nisfu Syaaban ini.. seorang diri di rumah.. Dua orang anak kecilku tu dah tidur… sedikit muhasabah diri bersempena dengan malam istimewa ini.. Hmmm… Maafkan aku andai ada pernah aku terkasar bahasa dan ada yang terguris hati dengan apa yang aku coretkan di sini selama hampir tiga tahun ini.

Sama-sama kita melihat ke dalam diri. Betulkan apa yang kita rasa perlu dibetulkan untuk tahun yang akan datang. Maafkan juga kesalahan orang lain agar darjat kita juga diangkat serta dosa-dosa kita diampunkan. InsyaAllah… Amin…

Bagi aku, mahu lebih bertanggungjawab kepada insan yang aku masukkan ke dalam agama ku; iaitu suami aku. Aku mahu lebih memberi segala ilmu agama yang aku tahu dan yang telah aku pelajari. Beri apa yang dia perlu tahu agar dia  tidak rasa teraniaya kelak apabila tiba masanya pergi menemui Illahi. InsyaAllah. Allah, berikan aku kekuatan.

banner1ADV blogs

Read the rest of this entry

MAID-LESS…. AKU, DOMESTIC DIVA!

Okay… cuba tulis lagi.. Mungkin yang ini okay… Harapnya tak berbunyi atau tidak bermaksud negatif.. Mana hilangnya motivasi untuk aku menulis? Asyik menulis yang negatif saja.. Bimbang terkeluar pula apa yang aku tak mahu luahkan..

Hanya 40% sahaja tentang aku yang aku selalu tuliskan di sini… Jadi, bila tengah ‘down’ macam ni, risau nak menulis. Takut terlepas tulis pula! Hahhaha…

Mungkin badan ni terlalu letih… Memang agak sibuk seminggu dua ini – selepas Singapura – aku bagaikan ‘Diva Domestic!’ Terpaksa lakukan kerja rumah dan menjaga anak-anak sendiri. Ya! Aku dan Eric bergilir ganti menjaga anak. Aku tahu, terlintas di fikiran kalian, bagaimana kami bekerja. Nasib baik Eric bekerja dari rumah dan aku pula hanya sesekali ada show.

728x90

 

Read the rest of this entry

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 209 other followers